Sunday, 17 February 2013

Berjauhan


Assalamualaikum
The New Entry.
Berjauhan penuh hikmah. He3. Topik yang mmg sangat related utk diriku uang jauh dari suami dan keluarga tercinta. Berjauhan maksud nya tinggal berasingan dari keluarga atau pasangan untuk jangka masa yang tertentu atau lama. Tinggal asing2, pun sama gak istilah dia… Masuk hari ni da 4 bln aku berdikari di negeri orang. Walaupn Kelantan dan Terengganu xde la jauh mana. Namun sejak 23hb ogos 2012 menjadi suami kepada Harusaini, kami belum berkesempatan untuk tinggal bersama. Mahupun menjalani kehidupan seperti suami isteri yang lain. Paling lama pn lam seminngu kami penah duk skali. Alhamdulillah, msa yang singkat tu aku guna kan untuk berbakti sebaik mungkin kepada suamiku yang tercinta.
Sepanjang tinggal berasingan, kami tidak mengalami sepanjang masalah. Mungkin kerana dah terbiasa. Suami Intan pulak mmg sudah biasa hidup bujang. Kami banyak berdikari. Suami intan tetap meneruskan kerja yang sentiasa yang dilakukan semasa bujang dulu. Basuh baju sendiri, lipat baju sendiri, kemas bilik sendiri dan semua dia lakukan sndiri. Kadang2 bila intan balik ke kampong sekali sekala, dia tetap melakukan kerja yang sama. Memang seorang suami yang amat memahami dan penyayang.Alhamdulillah.
Tinggal berasingan gak banyak mengajar kami erti menghargai pasangan. Ye la, klu jumpa mesti akan spend masa together. Mengukuhkan lagi hubungan kami. Walaupn sudah 6 bulan berkahwin, kami tetap seperti pasangan yang sedang bercinta. Kami pernah hampir ditangkap kerana disangka berkhalwat. Bila da tunjuk kad nikah baru la lega.He3.
Alhamdulillah, sepanjang kami  berjauhan, suami intan sentiasa bertanya khabar dan sentiasa menasihati intan untuk menjaga diri. Kami pasti bermesej atau menelefon setiap hari. Mungkin kerana itu jugalah kami sentiasa rapat. Setiap permasalahan atau isu, kami akan sama2 bincangkan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Bersyukur kerana mempunyai suami yang amat memahami dan sentiasa menasihati kearah kebaikan.

Azam 2013
·         -Isteri Solehah
·         -Mendapat Pekerjaan tetap
·         -Melahirkan zuriat yang soleh dan solehah
·         -Menjadi umie yang baik utk anak2.
·         -Mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah
·         -Amal Jariah yang sempurna
Aamiin

::JellyFrog

No comments:

Post a Comment