Sunday, 27 January 2013

Nendaku



Nenek, Tok Mek, Opah, Wan, Nenda, Bonda dan mcm2 lagi diberi gelaran kepada seorang yg berstatus Nenek. Seorang wanita yg mempunyai cucu. Dulu, sebelum tahun 2012, intan ada 2 owg nenek. Namun in the middle of the 2012 i lost my beloved nenek. I cal her Tok Mek.

Tok Mek is my mothers mom. Tok Mek lahirkan ma intan bersama ngan 7 anaknya yang lain. Untuk pngetahuan semua, ma intan ader kembar. Kemabar x seiras. Lelaki. Bayangkanlah dulu hidup susah, kena jaga anak yg ramai. Tok Mek seorang nenek yg garang dan tegas. tapi tok mek sgt menyayangi cucunya. Tok Mek la yang akan bersusah hati klu terjadi sesuatu prkara yg xbaik pada semua ahli keluarga.

Setiap kali pulang ke kampung, Tok Mek gak la yg menjadi owg pertama yang akan menyambut kami sekeluarga dengan senyuman dan penuh kesyukuran.Tok Mek la owg pertama yg bagi duit raya masa hari raya. Tok Mek gak la yg berlari2 mencari selimut dan bantal untuk anak cucunya yang balik ke kampung. Tok Mek gak la yg berjalan kaki membeli nasi pagi utk kami.

Kenangan bersama tok mek sgt byk. Sbb intan slalu menghabiskan cuti sekolah di kampung masa kecik2 dulu. Tok Mek suka sgt klu cucu2nya duk umah dia. Meriah sikit. Sbb tok mek duk ngan Tok Cek je klu kami xde.

Namun, setiap yg hidup pasti akan mati. Yang baru akan buruk. Begitu lah lumrah hidup manusia.

Teringat lagi masa intan gtau yg intan nk kawin, tok mek gembira. Tapi dlm hati tok mek, xde sapa yang tahu. Tok Mek ada penyakit semput atau asma yg teruk. Tok Mek xbleh tidow mlm disebabkan sakit 2. Kesian tok mek. Intan pnah tgk tok mek tdo berlapik 3 bantal sbb xleh nk tido lurus. Susah nk bernafas katanya. Kesian tok mek. Intan hanya bleh tgk. Kdang2 Intan urut belakang tok mek.

Ingat gak masa Intan bertunang, tok mek dtg dan tinggal di rumah kami selama bbrapa hari. Tok Mek ingatkn supaya nnt berkahwin, kne bagi Yassin kt owg yg dtg. Intan ingat sangat2. Tok Mek gagahkan gak diri naik atas pelamin tunang Intan wlaupn msa 2 tok mek x sihat. Tok Mek gagahkan jgak kaki utk berjalan ke bwah semata2 nk tengok persiapan masak. Masa tok mek jln, kadang2 tok mek berhenti sbb semput. Kesian Tok Mek.



Walau macam mna pn, tok mek gagahkan diri utk anak, cucu dan cicit dia. Tok Mek mmg kuat. Namun, ajal, maut, jodoh dan rezeki semua ditentukan oleh Allah. Siapa lah kita sebagai hambanya yg kerdil ni nk pertikaikan.

Kurang sebulan selepas mjlis pertunangan intan, pada hari raya aidilfitri yg pertama tahun 2012, tok mek di masukkan ke hospital lati. Hospital kelahiranku. Masa tu jgak la kami dan saudara mara yang lain segera pulang ke kampung. Kami semua beraya di hospital. Masa mula2 masuk tok mek kritikal tpi selepas tu tok mek ok da sket. stabil. Kemeriahan hari raya bagaikan x terasa oleh kami semua. Namun, kami kena kuat supaya tok mek kuat.

Ma intan, ada seorang adik lelaki bongsu. Intan panggil dia pok su. Pok su adalah antara insan yang paling intan sayang. Pok Su banyak berkorban utk intan. Yang tu cerita next entry.
Pok su adalah anak bongsu. Pok su x kawin lagi. Pok su la yang paling sedih skali masa tok mek ngah sakit. Namun pok su adalah yang paling tabah. Kesian pok su. Intan ingat lagi bila pok su cakapdoktor gtau tok mek kritikal dan tiada harapan lagi. Masa tu pok su tabah sgt. Tpi hanya Allah yg tahu. Intan dapat rasa bla tgk wajah pok su.

Selepas berada bbrapa hari di Hospital Lati, Tok Mek kne masuk Hospital Kota Bharu. Tok Mek dikejarkan ke ICU. Masa tu, Allah sahaja yg tahu mcm mna perasaan kami semua. Tambahan plak masa tu ag beberapa hari kenduri Intan akan berlngsung. Ya Allah, maha hebat dugaan Mu pada hambamu. Namun, Intan tau, semua ada hikmah.

Setelah bbrapa hari lam ICU, tok mek xsedarkan diri. Semua saudara mara intan balik. Dari yang kecik sampai yg besar. Betapa hebatnya kasih sayang tok mek pada kami mmg xdapat dilupakan. Intan ingat ag masa pertama kali masuk ke wad ICU di mana tok mek ditempatkan, intan rasa seperti nk pengsan tgk tok mek terbaring ngan segala wayar2 bersambung ke tubuh tok mek. Kesian tok mek, tubuh tok mek yang kecik 2, nampak sgt kurus dan cengkung.



Intan xbleh duk lama2 lam wad 2, sebelum kuar intan bisik kt telinga tok mek yang tok mek kena sihat. Tok mek kne tgk Kakok bersanding. Tok Mek kne suap pulut kuning ke mulut kakok. Tok Mek kne sihat. Masa tu tok mek lam koma. Doktor cakap tok mek hanya bergantung pada mesin utk terus bernafas. Masyaallah, luluh hati intan masa dgr.

Hari raya ke 4, intan akad nikah. Tok Mek xsedar lagi. Namun saudara mara intan semua berusaha utk hadirkan diri lam perkahwinan intan. Hikmah di sebalik semua ni, kami semua dapat berkumpul. Ada saudara intan yg da lma xjmpa pn, dapat jmpa. Alhamdulillah. Masa majlis berlangsung, intan terbayangkan tok mek stiap masa. Duk pk apa yg akn tok mek wt masa 2. Tapi hakikatnya tok mek duk terlantar di wad.

Intan tau, abah, ma, adik beradik yg lain dan jgak sedara mara intan semua berusaha utk happy masa kenduri Intan. Walaupn dalam hati diorang Intan tau yg diorang duk ingatkan tok mek. Kami terpaksa tnggal kan tok mek di wad seorang diri utk sementara waktu masa tu. Majlis berlangsung ngan meriah dan lancar.

Intan ingat lagi bila majlis selesai, semua saudara mara intan kena pulang ke Pasir Mas dan xsempat nk tlg kami berkemas. Intan sangat3 faham keadaan mereka. Pok Su plak bergegas ke hospital. Abah intan terharu ngan semua kerjasama yg saudara mara kami tunjukkan. Abah cukup2 berterima kasih pada mereka. Alhamdulillah.

Semasa majlis menghantar ke rumah mertua, saudara mara intan xdapat ikut. Tapi intan xkisah. Mereka tolong masa kenduri intan pn da kira rahmat bagi Intan. Masa mlm duk umah suami, Intan nangis sbb ingtkan pasal tok mek. Mujurlah intan di kurniakan seorang suami yang amat memahami.

Keesokannya selepas mjlis di rumah mertua selesai, intan dan suami ke hospital utk melawat tok mek. Masa tu tok mek da beransur pulih dan sihat sket dari sebelum ni. Tok Mek da bleh bka mata dan bercakap. Ya Allah, kuat sungguh tok mek. Intan kesian kan Pok Su yg terpaksa mengambil cuti yg lma utk menjaga maknya. Intan pernah niat dlm hati yg intan nk jaga tok mek di hospital lepas smua majlis selesai. Alhamdulillah, bos tempat kerja intan memberi cuti 2 mnggu kpda Intan. Intan stay kt hospital utk jaga tok mek. walaupn hanya bbrapa hari, intan rasa bersyukur sgt. intan bersyukur dapat berbakti pada tok mek walaupn hanya sekejap.

Sbulan lebih jgak la keadaan begitu berterusan. Namun pada satu malam, Intan masa tu berada di rumah mertua dapat panggilan telefon dari ma yg mengatakan tok mek sudah xde. Tanggal 6hb 10 2012. Hampir pengsan intan dengar. Intan dan suami bergegas ke kampung. Sepanjang perjalanan, intan sedekahkan al fatihah dan ayat kursi utk tok mek. Terbayang kembali saat2 masa tok mek masih ada. Deraian air mata sahaja yg mampu menterjemahkan semua kesedihan.

Keesokan harinya, jenazah tok mek di semadikan. Intan ingat ag masa 2 Pok Su on da way dari pelabuhan klang x henti2 menelefon Intan tnya keadaan semasa. Dia takut xsmpat jmpa tok mek wt kali yg terakhir. Luluh hati intan. Intan hanya mmpu berdoa pok su smpai ngan selamat. Saat pok su smpai, intan xbleh tgk mka dia. sedih sgt2. Intan tau pok su syang tok mek sangat2. Klu x, xkan pok su sanggup cuti tanpa gaji semata2 kerana seminggu skali pulang melihat tok mek di hospital.

Saat jenazah tok mek di masukkan ke liang lahat, intan sentiasa berdoa semoga tok mek ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Tok Mek pergi wt slamanya. Hanya doa di akhir setiap solat dan bacaan yassin yg mmpu di berikan kepada tok mek. Stiap doa intan, tok mek sentiasa ada. Tok Mek, kakok sayang tok mek.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG MENGETAHUI SEGALANYA YANG DILANGIT DAN DIBUMI. TEMPATKANLAH NENDAKU DI SISI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERTAKWA.AAMIIN.


::::::JellyFrog


No comments:

Post a Comment